Bio asli

Sunday, December 20, 2009

Cara mencari downline.

Mencari downline seramai yang mungkin adalah amat penting untuk berjaya sebagai mlm. Dengan kemudahan internet hari ini, mencari downline tidak lagi terhad kepada kawasan setempat anda sahaja. Anda malahan boleh merekrut downline dari seluruh negara. Apa yang hebat, dengan BIO ASLI, anda juga boleh merekrut downline dari seluruh dunia! Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencari downline.

1. Gunakan khidmat pegiklanan berbayar oleh Google AdWords. Anda perlu ada sedikit modal untuk mengiklan dengan Google. Dengan Google AdWords, iklan anda akan keluar di muka depan carian Google setiap kali mereka "search" dengan perkataan perkataan yang anda beli dari AdWords. Cas bayaran adalah setiap kali ada pengguna yang klik pada link anda. Dengan Google AdWord, anda tidak perlu bersusah payah membuat blog dan sebagainya. Hanya sediakan link ke laman web mlm yang anda buat.

2. Sediakan link sebanyak yang mungkin di blog anda samada melalui link perkataan atau link gambar yang mampu menarik perhatian pengunjung blog anda. Sebelum itu anda mestilah mempunyai dan membina sebuah blog yang ramai pelawat. Bila ada ramai pelawat barulah ada kemungkinan yang tinggi untuk mereka klik pada link anda. Jika pelawat blog anda sedikit, maka sedikitlah kemungkinan orang akan klik link anda. Lihat contoh blog ini sendiri. Ia bukan di buat sehari dua. Bukan sebulan dua. Ia mengambil masa yang lama. Contoh.

3. Cakap cakap mulut, iklan di majalah, surat khabar, iklan di tempat awam, dan sebagainya. Hakikatnya, anda perlu berusaha keras untuk mencari downline. Tidak ada jalan mudah untuk senang. Itu hakikatnya. Janganlah anda mudah terpedaya dengan ungkapan manis "labur sekali untung berkali kali". Tidak ada benda semacam itu. Kalau ada kenapa mereka perlu buat benda sama berkali kali pada anda? Kalau ada mlm yang cakap kerja mudah, senang jual, itu tipu. MLM adalah kerja yang payah. Anda perlu gigih berusaha tanpa jemu bertahun tahun sebelum berjaya. Tanyalah mana mana orang yang dah buat MLM. Lagi cepat anda dijanjikan kekayaan, lagi cepatlah company MLM itu lingkup. Ingat, semua company berjuang supaya company kaya, bukan anda kaya! Hakikatnya, anda perlu bekerja keras. Tapi jika berada dengan company yang baik, anda akhirnya akan berjaya jua. Tak kiralah CNI ke, Zhulian ke, Amway ke Avon ke dan banyak lagilah. Mereka semua berdaftar dan berniga secara jujur. Tapi jangan pula macam Swiss Cash. Barang tak ada tapi untung juta-juta. Carilah company yang berniaga secara jujur menjual barang, bukan menjual janji manis. Fikirkan lah. Contoh MLM hebat.

Sunday, December 6, 2009

Klang Sentral tidak central?

Klang Sentral yang terletak di Meru adalah pusat bas yang baru bagi kawasan Klang. Bas bas ekspress antara bandar dan negeri kini berpusat di Klang Sentral. Kawasan baru ini di buat bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan dan ketidakselesaan penumpang bas di kawasan yang lama dulu. Klang Sentral ternyata lebih besar dan selesa kepada pengguna. Namun kawasan ini bukanlah terletak di tengah Klang sebagai namanya itu, sentral . Ia terletak di pinggir Klang, iaitu Meru. Meru masih sedang membangun dan Klang Sentral masih belum di gunakan sepenuhnya. Teksi sewa juga kelihatan tak begitu banyak.

Paling sedih, tidak ada pun bas dari Klang Sentral untuk pergi ke Banting. Teksi ke Banting pula, tak payah cerita, memang cekik darah, cas dalam RM 50. Penumpang dari Klang Sentral yang mahu ke Banting perlu naik bas transit ke bandar Klang dan kemudian dari situ barulah naik bas sekali lagi untuk ke Banting. Jadi layakkah ia di panggil Sentral? (Centre = tengah). Kalau di panggil Meru Central mungkin lebih tepat. Boleh juga di panggil Klang Tepi.

Monday, November 30, 2009

Cara membuat signature atau tandatangan pada e-mel bersama link.

Ramai orang yang menggunakan e-mel ingin membuat atau meletak tanda tangan pada akhir e-mel . Tanda tangan dalam bentuk nama sendiri yang mempunyai link ke mana mana laman web yang kita ingin letakkan seperti laman blog kita atau laman pasaran mlm atau apa apa saja produk kita yang ingin di promosikan.
E-mel yang ada link sebegini pastinya akan menyebabkan kita mendapat banyak klik atau hit bila rakan rakan menyebarkan e-mel berangkai biasanya bila mereka menyebar sesuatu berita atau gambar gambar menarik yang biasa diamalkan di tempat kerja dan sebagainya.
Jadi bagaimana cara membuatnya?
Sila ikut panduan berikut. Panduan ini adalah untuk pengguna e-mel yahoo.
Bagi pengguna e-mel yahoo, caranya adalah agak mudah sahaja.
1. Klik pada butang "option" yang terletak pada bahagian kanan atas e-mel anda bila anda login.
2. Klik lagi pada butang "mel option"
3. Anda akan sampai ke bahagian setting yang terdapat banyak bahagian setting seperti "general", "signature", "spam" dan banyak lagi.
4. Klik pada bahagian "signature".
5. Anda akan sampai ke bahagian seolah olah ingin menulis e-mel.
6. Tuliskan nama anda yang anda mahu sebagai tanda tangan. Cari yang ringkas dan agak "catchy" seperti irman, man, man77 dan sebagainya, jika nama anda Herman contohnya. Anda juga boleh ubah font, size warna dan sebagainya.
7. Highlightkan nama yang anda telah taip tadi.
8. Klik pada simbol link yang terdapat pada bahagian anda edit font, dan saiz tulisan tadi. Butangnya berbentuk dunia bersama rantai (link) terletak sebelah simbol smiley.
9. Tuliskan alamat laman web yang anda mahu link kan dengan tanda tangan anda tadi. Alamat tadi mestilah lengkap dan di mulakan dengan http://www. apa-apa.com/contoh.
10. Tekan bahagian save pada bahagian atas signature yang tertulis "save changes".
11. Sudah siap dan anda bolehlah memulakan surat berantai anda!
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, November 17, 2009

Bukan senang mahu senang

Sekarang dah masuk 2 tahun aku buat BIO ASLI. 2 tahun adalah masa yang panjang. Dah banyak jugak la down line aku. Last aku cek yang level bawah2 ada la 200 lebih orang. Down line dah banyak tapi aku tak jugak kaya2, kenapa ya? sebab aku tak sabar, atau orang lain yang tak sabar. Bukan senang mahu senang. Semua orang yang buat MLM perlu sedar hakikat ini. Kesabaran perlu matap. Jati diri kena kuat. Kalau tak susah nak berjaya dalam dunia MLM. Konsep pun kena faham.

Tapi banyak juga kentungan aku kalau nak di kira. Bulan ni bonus ada la sikit. Nak tengok?

PENYATA KOMISYEN 20 LEVEL

Ahmad Sadli Ibrahim
Login : xxx


Sponsor : baralai88
42500 klang
Komisyen Bulan : DIS 2009
Selangor Malaysia






KOMISYEN UNILEVEL BELIAN DOWNLINE

Level Jualan (RM) Komisyen (%) Komisyen (RM)
Belian Peribadi RM 100 5 % RM 5
Tajaan Kekal(Royalti)-Spill over RM 2 % RM 0
1 RM 5 % RM 0
2 RM 5 % RM 0
3 RM 3 % RM 0
4 RM 3 % RM 0
5 RM 3 % RM 0

Jumlah Kecil


26%

RM 5

Belian melebihi RM50 (Layak)



6 RM 0.5 % RM 0
7 RM 80 0.5 % RM 0.4
8 RM 290 0.5 % RM 1.45
9 RM 565 0.4 % RM 2.26
10 RM 1085 0.4 % RM 4.34

JUMLAH


2.3%

RM 8.45

Belian melebihi RM75 (Layak)



11 RM 1715 0.4 % RM 6.86
12 RM 2780 0.3 % RM 11.12
13 RM 3175 0.3 % RM 9.525
14 RM 5745 0.3 % RM 17.235
15 RM 5395 0.2 % RM 10.79

JUMLAH


1.5%

RM 55.53

Belian melebihi RM100 (Layak)



16 RM 4130 0.2 % RM 8.26
17 RM 2095 0.2 % RM 4.19
18 RM 1150 0.1 % RM 1.15
19 RM 710 0.1 % RM 0.71
20 RM 630 0.1 % RM 0.63

JUMLAH


0.7%

RM 14.94

JUMLAH



RM83.92



Thursday, July 16, 2009

Di mana boleh dapat kad Touch N Go atau Smart Tag?

Musim raya bakal tiba tak lama lagi. Cepat-cepat lah cari kad Tuoch N Go pada pemandu 2 yang bakal pulang berhari raya di kampung. Rancanglah perjalanan anda dengan baik. Servis kereta anda. Ingat orang yang tersayang dan berhati -hatilah di jalan raya.

Penggunaan Kad boleh menjimatkan masa dan memudahkan anda.
Untuk mendapatkan kad touch n go, and boleh beli di tempat berikut. KLIK SINI.
Untuk mendapatkan kad Smart Tag, and boleh beli di tempat berikut.KLIK SINI.

Untuk penduduk sekitar Telok Panglima Garang, anda boleh reload kad Touch n Go anda di stesyen minyak Petronas berhampiran (sebelum) Jomalina.

Wednesday, June 10, 2009

Bagaimana cara untuk Bangun Awal Pagi

Bagaimana untuk bangun awal pagi setaip hari? Penuh disiplin dan penuh bersemangat untuk menghadapi hidup? Menjadi orang orang yang berjaya dan terbilang.

Adakah orang yang bangun awal memang dilahirkan begitu atau mereka melalui kaedah tertentu? Dalam kes saya, semestinya ia melalui kaedah tertentu. Semasa saya berusia awal 20-an, saya biasanya hanya akan masuk ke bilik tidur selepas jam 12 malam, jarang sekali saya tidur sebelum tengah malam. Akibatnya saya selalunya akan terjaga dan "hidup" hanya bila hari sudah hampir tengah hari.

Selepas beberapa tahun saya mula sedar betapa tingginya kaitan antara KEJAYAAN dan BANGUN AWAL, termasuklah dalam kehidupan peribadi saya. Dalam beberapa kes yang jarang bila saya bangun awal pagi, saya dapat rasakan yang produktiviti diri selalunya akan lebih tinggi, bukan hanya pada waktu pagi, tapi untuk keseluruhan hari itu. Saya juga dapat merasakan keseluruhan rasa diri yang cergas, aktif dan bertenaga. Maka oleh kerana saya memang ingin menjadi orang yang hebat, saya bertekad untuk bangun awal setiap hari secara konsisten. Tanpa membuang masa lagi, saya kunci jam loceng pada pukul 5 pagi.....dan keesokan harinya .....
saya tetap bangun bila hari sudah hampir tengah hari..

Hmm..

Saya cuba lagi beberapa kali selepas itu, setiap kali juga keputusannya tidak lari jauh. Adakah saya memang dilahirkan dengan genetik bangun lewat? Setiap kali jam loceng berbunyi, perkara pertama yang terlintas dalam benak pemikiran saya ialah bagaimana mahu mematikan bunyi yang amat mengganggu itu dan menikmati semula tidur yang amat lena tadi. Begitulah tabiat saya selama beberapa tahun. Namun saya mula sedar dari bacaan dan kajian pakar bahawasanya teknik saya itu sebenarnya SALAH. Hanya selepas saya mengaplikasikan teknik baru ini barulah saya berjaya untuk bangun awal.

Sebenarnya memang sukar untuk bangun awal jika strategi yang kita gunakan salah. Tapi dengan strategi yang betul, bangun awal pagi sebenarnya adalah agak senang.

Antara cara salah yang agak biasa ialah; kamu anggap jika esok kamu mahu bangun awal, maka strategi paling baik ialah tidur awal pada malam itu. Maka kamu mula mengkaji masa tidur kamu yang biasa dan mencongak masa tidur yang terbaik untuk bangun pada pukul 5 pagi. Contohnya jika kamu selalu tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun pada pukul 7 pagi, maka cara untuk bangun pada pukul 5 pagi ialah dengan menganjakkan waktu tidur lebih awal dua jam iaitu dengan tidur pada pukul 10 malam. Kaedah yang nampak logik. Tapi sebenarnya tetap akan menemui kegagalan.

Boleh dikatakan ada dua pendapat utama tentang corak tidur. Satu ialah yang mengatakan anda sepatutnya perlu tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Dengan kaedah ini seolah olah anda mempunyai dua jam loceng pada dua ketetapan - anda cuba tidur pada waktu yang tetap pada setiap malam. Kaedah ini nampak praktikal walaupun dalam suasana kehidupan moden hari ini. Kita perlukan ketetapan dan badan perlukan rehat yang cukup.

Pendapat yang ke dua pula mengatakan bahawa anda perlu mendengar isyarat dari tubuh anda . Tidur hanya bila anda rasa penat dan bangun hanya bila anda terjaga secara semulajadi. Pendapat ini didasarkan pada pemahaman konsep biologi manusia itu sendiri. Badan kita akan bereaksi memberi isyarat bila kita mengantuk, jadi kita perlu akur pada kehendak biologi tubuh badan secara semulajadi.

Melalui kaedah cuba-cuba dan pengamatan sendiri, saya mendapati kedua-dua kaedah ini tidak akan memberi corak tidur yang optimum. Kedua-duanya adalah salah jika anda benar-benar mengambil berat tentang produktiviti diri anda. Kenapa?

Sekiranya anda tidur pada waktu yang tetap, anda kadang-kadang akan masuk ke bilik tidur bila anda belum mengantuk. Sekiranya anda berada di atas katil selama lebih dari 5 minit tanpa tidur, maka anda sebenarnya belum mengantuk! Bayangkan, setiap malam anda membuang masa lebih dari 5 minit masa anda tanpa ada apa-apa perkara yang produktif. Ingat; masa itu emas. Masalah lain ialah anda menganggap anda perlu jumlah waktu yang tidur yang tetap setiap hari, ia sebenarnya anggapan salah. Keperluan tidur anda pada hakikatnya berbeza setiap hari.

Sekiranya anda mengikut pendapat ke dua pula iaitu mendengar kehendak biologi tubuh, anda mungkin akan tidur lebih dari yang perlu dalam kebanyakan kes, terlalu lebih biasanya 10 hingga 15 jam terkumpul lebih banyak dalam tempoh seminggu (anda akan rugi 1 hari waktu untuk bekerja). Ramai orang yang tidur dengan cara ini bisanya akan tidur lebih dari 8 jam setiap hari, yang bermakna mereka terlalu banyak tidur. Selain itu, waktu pagi anda akan sukar untuk di jangka kerana mereka akan bangun pada waktu yang berbeza setiap hari (mengikut kata tubuh). Oleh kerana corak peredaran tubuh kita yang tidak semestinya selari dengan sistem jam, maka waktu tidur anda akan lari (hanyut) secara rawak.

Cara terbaik bagi saya ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas. Sebenarnya ia sangat senang dan ramai orang yang biasa bangun pagi melakukannya secara semulajadi, tapi ianya merupakan suatu pencapaian hebat bagi diri saya. Penyelesaiannya ialah dengan masuk ke bilik tidur hanya bila sudah mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap dengan jam loceng pada setiap pagi setiap hari (7 hari seminggu). Jadi saya akan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi (dalam kes saya, 6 pagi), tapi saya masuk tidur pada waktu yang berbeza-beza setiap malam.

Saya akan masuk ke bilik tidur hanya bila saya rasa mengantuk dan tidak mampu lagi untuk jaga. Ujian mengantuk untuk diri saya ialah bila saya tidak lagi mampu untuk membaca satu atau dua muka surat sebuah buka tanpa hanyut, maka saya memang benar-benar mengantuk dan perlu tidur. Kebanyakan dari pengalaman saya, saya akan tidur dalam sekitar hanya 3 minit selepas berada di atas katil. Saya baringkan tubuh, selesakan badan, tanpa masalah saya akan terus lelap. Ada masa saya tidur awal jam 9 setengah. Ada masa saya berjaga sampai 12 tengah malam. Kebanyakannya saya akan tidur sekitar jam 10 hingga 11 malam. Sekiranya saya tidak mengantuk, saya akan berjaga sehingga mata saya benar-benar mengantuk. Membaca adalah aktiviti terbaik untuk waktu sebegini. Sehinggalah benar-benar mengantuk barulah saya akan masuk untuk tidur di bilik.

Bila jam loceng berbunyi setiap pagi, saya akan menutupnya, geliat beberapa saat dan kemudian bangun. Saya tidak akan berfikir lagi mengenainya. Dari pengalaman saya, semakin lama saya mengambil masa, maka semakin tinggi kebarangkalian saya akan terus tidur. Saya tidak akan membenarkan diri saya berbual tentang faedah-faedah tidur bila jam sudah berbunyi. Walaupun perasaan saya masih lagi mahu tidur, saya TERUS bangun.

Selepas beberapa hari dengan tabiat ini, saya dapati corak tidur saya menjadi sesuatu yang semula jadi. Jika pada suatu malam saya kurang tidur, malam berikutnya saya akan mudah mengantuk dan tidur awal secara semulajadi. Sekiranya badan saya bertenaga dan tidak letih, saya akan tidur kurang sedikit. Tubuh badan saya belajar untuk memaksa saya tidur bila penat dan mengantuk kerana tubuh saya tahu yang ia akan bangun pada waktu yang sama setiap pagi dan tidak ada perundingan lagi mengenainya.

Kesan daripada kaedah ini, saya biasanya tidur kurang 90 minit secara normal setiap malam tetapi saya rasa tubuh saya benar-benar rehat dan segar. Dan saya jarang untuk tidak tidur bila sudah berada di atas katil.

Dari pembacaan saya, kebanyakan orang yang susah tidur (pengidap penyakit insomnia) ialah orang yang masuk tidur bila mereka tidak mengantuk. Jika anda tidak mengantuk dan susah untuk tidur dengan cepat, cuba bangun dan berjaga untuk seketika. Jangan tidur lagi sehingga tubuh mengeluarkan hormon memberitahu yang anda perlu tidur (anda akan rasa mengantuk).

Jika anda masuk ke bilik tidur hanya bila anda mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari, anda akan sembuh dari penyakit sukar tidur (insomnia). Malam pertama anda berjaga memang anda akan tidur lewat, tapi anda akan terus tidur bila masuk ke bilik. Hari pertama memang akan sukar untuk anda kerana anda bangun awal dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja. Tetapi anda mestilah menghadapi hari itu dengan cekal dan anda akan merasa mengantuk awal pada malam ke dua. Selepas beberapa hari anda akan dapati corak tidur akan menjadi sekata dengan waktu tidur yang tidak jauh berbeza dan tidak ada masalah sukar untuk tidur lagi.

Jadi, jika anda mahu jadi orang yang bangun awal (atau memiliki lebih kawalan pada corak tidur dan mengatasi insomnia) maka cuba lah cara ini;

Masuk ke bilik tidur hanya bila anda benar-benar mengantuk dan bangun pada masa yang tetap setiap pagi, setiap hari, menjadi amalan rutin anda yang wajib. Anda akan bangun awal dan menjadi manusia cemerlang yang produktif.
Selamat mencuba! Selamat Bangun awal.

Monday, September 8, 2008

Konsep sebenar MLM

Bila sebut sahaja pasal MLM, Multi Level Marketing, ramai orang akan phobia. Perkara pertama yang terlintas di benak atau kepala kebanyakan orang ialah jual barang. Kena jual barang itu dan ini, jaja dari satu tempat ke satu tempat. Jadi awal awal lagi mereka akan kata "No", saya tak mahu join. Ini bukan cara cari duit. Banyak lagi cara nak cari duit selain dari jual barang macam ini. Inilah salah anggapan kebanyakan orang. Salah anggap yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mendapat peluang mengejar impian menjadi jutawan melalui perniagaan MLM.

Apa sebenarnya MLM? MLM ialah Multi Level Marketing, iaitu perniagaan berbilang tingkat. Konsep sebenar MLM ialah kita mencari orang yang mahu buat apa yang kita buat. Konsep "duplicate" atau klon. Bukan klon diri atau rupa paras, tapi klon sikap dan tabiat. Kalau berjaya membuat perkara ini dengan semaksimum mungkin, barulah kita boleh berjaya sebagai pejuang MLM.

Satu lagi konsep MLM ialah kita membeli barang setiap bulan untuk diri sendiri dari kedai kita sendiri. Kita gunakan barangan yang kita beli dari syarikat MLM yang kita sertai. Jadi secara tidak langsung kita akan menjadi pakar kepada barangan yang syarikat pasarkan. Untuk menjual itu adalah suatu bonus sahaja kepada sesiapa yang berjiwa besar. Tapi belian mestilah dikekalkan setiap bulan. Ini mustahak untuk membuat pusingan duit supaya upline upline yang berjaya akan dapat "gaji" setiap bulan.Mungkin ada yang rasa sistem ini tidak adil kerana orang atas senang lenang.Well, itulah dia MLM dan itulah cara MLM berfungsi. Kalau anda rasa tidak suka, well, jangan paksa diri anda. Teruskan sahaja kerja makan gaji.

Suatu yang hebat tentang MLM ialah kesusahan yang terpaksa di alami semasa mula mula mahu berusaha untuk berjaya. Tapi bila sudah berada di atas, ganjaran kewangannya amat tinggi dan hebat. Jadi kenalah berpegang pada pepatah, "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Tak ada orang yang join MLM terus kaya sekelip mata.

MLM adalah satu peluang untuk menjadi kaya raya. Ia ada positif dan negatif. Tapi kalau kita mahu fikirkan yang negatif sahaja, maka hidup kita pun akan negatif dan tidak akan ke mana mana. Ramai yang telah berjaya menjadi kaya dan hidup senang denagn MLM. Tak kurang juga yang telah kecundang dan hanya sekerat jalan sahaja.Itulah dunia MLM untuk mereka yang cekal dan bersemangat waja.Sikap yang positif adalah amat penting kerana ia akan menentukan menang atau tewas perjuangan seseorang itu dalam dunia MLM yang penuh pancaroba.
At the end of the day, walau apa sekalipun, hidup perlu diteruskan. Selamat berjuang.

Untuk MLM nombor 1 di Malaysia, klik SINI